DUNIA HARI INI
Khamis, 5 Julai 2012
Acara sebelum sukan ditangguh lagi...
Hujan turun dengan lebat di pagi jumaat membasahi bumi Skudai, acara lompat tinggi yang sepatutnya dijalankan pada pagi ini terpaksa ditunda lagi kepada hari isnin depan. Apapun terima kasih diucapkan kepada Guru Setiausaha Sukan SKTTA yang bertungkus-lumus bagi memastikan acara ini dapat ditamatkan sebelum upacara kejohanan sukan sebenar dilangsungkan.
Hujan yang turun sepanjang minggu ini sedikit sebanyak telah merencatkan sedikit perjalanan acara sebelum hari sukan. Namun itu semua bukannya penghalang kepada semua atlit yang bertanding, untuk terus berjuang bagi rumah sukan masing-masing. Segala yang berlaku juga adalah kehendak Allah maka ada hikmah disebaliknya yang kita semua tidak tahu. Apa yang diharapkan agar semua warga SKTTA dapat memberikan sokongan dalam menjayakan acara sukan yang bakal diadakan pada 20 julai nanti. Mudah-mudahan pada hari tersebut, hendaknya dijauhkan daripada segala halangan mahupun bencana. Insya Allah....
Ahad, 1 April 2012
Kursus LDP : Pembudayaan ICT di Kalangan Guru
Merujuk perkara di atas satu kursus bagi guru-guru SKTTA akan diadakan seperti maklumat berikut :
Tarikh : 5 april 2012
Hari : Khamis
Masa : 12.50 ptg hingga 2.50 ptg
Tempat : Makmal komputer
Sehubungan dengan perkara tersebut, guru-guru yang mempunyai laptop dan brodband boleh bawa sekali untuk kegunaan sepanjang kursus. Kehadiran adalah wajib dan sangat dialukan.
Diatas kerjasama tuan/puan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
HIDUP BERINFORMASI BUDAYA WARGA SKTTA

Selasa, 27 Mac 2012
Kajian Tindakan 2012
Diminta semua guru SKTTA untuk menghantar maklumat berikut :
1. Nama guru
2. Matapelajaran
3. Tahun/kelas
4. Tajuk kajian
dan emailkan ke sktta1jb@gmail.com selewat-lewatnya 1 April 2012. Sila ambil tindakan segera!
1. Nama guru
2. Matapelajaran
3. Tahun/kelas
4. Tajuk kajian
dan emailkan ke sktta1jb@gmail.com selewat-lewatnya 1 April 2012. Sila ambil tindakan segera!
Sabtu, 3 Mac 2012
Kesibukan sementara
Di pagi ahad pada tanggal 4 march 2012, barulah dapat menjengah sekejap ke blog yang sudah lama tidak di kemaskini. Kesibukan mengajar dan aktiviti sukan yang tak henti-henti sepanjang bulan januari hingga march ini, menghalang admin memasukkan input-input terbaru ke dalam laman ini. Walau bagaimanapu admin berharap semua yang setias dengan blog ini dapat mengetahui berita-berita terbaru dari admin melalui laman facebook admin sktta1jb. Admin akan cuba membawa berita-berita serta input-input terbaru untuk kita berkongsi bersama. Laman nota dan latihan (scribd)bagi murid tidak pernah admin abaikan sama sekali, jenguk-jenguklah untuk nota dan latihan terkini.
Untuk maklum-balas dan pendapat boleh e-mailkan kepada admin di sktta1jb@gmail.com
Untuk maklum-balas dan pendapat boleh e-mailkan kepada admin di sktta1jb@gmail.com
Ahad, 1 Januari 2012
Selamat Melangkah ke tahun baru - 2012
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Illahi kerana masih bernyawa untuk menyedut udara yang segar di tahun baru 2012. Alhamdullillah..sekali lagi kita dipertemukan oleh nya dengan tahun baru masihi, untuk itu sepatutnyalah bagi sebagai hambanya yang bersyukur hendaklah kita menanamkan azam mudah-mudahan di tahun baru ini kita semua dapat mempertingkat amal ibadah serta menjauhkan diri dari kemungkaran.
Saban tahun apabila diberitakan kedatangan tahun baru, maka setiap daripada kita pastikan akan memasang azam. Azam tahun baru ini seolah-olah sinonim dengan tahun baru, tetapi apakah penghayatan serta kekuatan setiap azam baru itu. Adakah ianya sekadar ungkapan bagi menceriakan tahun baru atau ikrar yang hanya terungkap di lidah tapi tidak boleh direalisasikan?
Janganlah kita berazam seperti angan-angan Mat Jenin, yang mana tinggi keinginan sehingga lupa dimana dia sedang berada yang akhirnya menyebabkan dia rebah ke tanah dan tidak bernyawa. Biarlah azam yang ditanam itu bersesuaian dan mampu untuk dicapai kerana kepuasan yang pasti kita dapat apabila ia menjadi kenyataan.
Cukup setakat disini sebagai bingkisan dari ASLIND di tahun baru 2012. Mungkin banyak lagi akan tercoret di halaman ini selagi tahun 2012 masih belum melabuhkan tirainya. Sebagai renungan:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ. (البخاري والترمذي)
Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.
Maasalamah wa ilal liqa'

Sabtu, 5 November 2011
Salam Eidul Adha
Selamat menyambut Eidul Adha buat semua umat islam di seluruh dunia. Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar).
Marilah kita mengambil iktibar daripada ibadah korban yang dijalankan. Mudah-mudahan dengan penghayatan terhadap ibadah korban itu dapat memberikan seribu manfaat kepada diri kita semua sebagai hamba Allah yang sentiasa menghaapkan keredhaannya. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Selasa, 1 November 2011
Minggu Peperiksaan
Bermula 1 november 2011 yang lalu, murid-murid di SKTTA (1) menduduki peperiksaan setara akhir tahun. Ini adalah kemuncak bagi menilai prestasi murid sepanjang pembelajaran mereka pada tahun 2011. Segala ilmu dan pengetahuan telah dicurahkan oleh setiap guru. Sekarang ini tugas murid pula untuk mengingat kembali semua yang telah dipelajari. Diharap ilmu itu berkekalan sebagai panduan dan pegangan untuk menjalani kehidupan dalam dunia moden yang cukup mencabar. Doa kami warga pendidik mengiringi kalian semua, moga berjaya dunia dan akhirat.
Selasa, 11 Oktober 2011
Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Setara Tahun 2011
Untuk makluman semua sekolah kebangsaan negeri Johor, Jadual akhir tahun setara bagi seluruh negeri Johor telah dikeluarkan. Untuk melihat jadual sila klik Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Setara.
Ahad, 2 Oktober 2011
Langgan:
Catatan (Atom)