Sabtu, 6 Ogos 2011

Tazkirah : Kelebihan Puasa Ramadhan

Sambungan....




Ketiga - Puasa Ramadhan juga tidak terhad pahalanya atau terikat kadar tertentu kerana orang yang berpuasa akan diberi ganjaran yang hanya ditentukan oleh Allah S.W.T.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersanda bahawa Allah S.W.T berfirman (Hadis Qudsi): Setiap amalan anak Adam adalah baginya (pahala menurut kadar yang ditentukan) kecuali puasa, sesungguhnya ia bagi-ku dan aku yang mengganjarinya secara khusus.

Puasa itu adalah benteng, oleh itu apabila kamu berkata keji dan berbuat nista, jika ada orang mencela kamu atau mengajakkamu bergaduh maka katakanlah kepadanya, "Saya sedang berpuasa". Demi tuhan yang nyawa Muhammad dalam genggaman tangan-nya (kuasanya), sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, pertama; kegembiraan ketika berbuka dan kedua; kegembiraan ketika bertemu dengan tuhannya kelak. Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Allah sendiri menegaskan bahawa, " Aku yang memberikan pahala ibadah puasa dan menisbahkan ganjaran kepadanya (orang yang berpuasa)".Sedangkan amalan soleh yang lain dinyatakan ganjarannya iaitu dengan bilangan. Yakni setiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala ganjaran hingga 700 kali ganda dan seterusnya.

Namun, ibadah puasa Allah S.W.T yang menentukannya tanpa diketahui jumlah atau bilangan pahala seperti mana-mana ibadah lain.Ini bermakna puasa pastinya begitu besar dan tidak terhitung banyaknya.Ini kerana puasa adalah merupakan latihan kesabaran dalam mentaati Allah dan kesabaran didalam menjauhi larangannya serta kesabaran didalam menanggung lapar, dahaga, kelemahan tubuh badan.

Dengan puasa juga ketiga-tiga bentuk kesabaran iaitu lapar, dahaga dan keletihan tubuh bergabung hingga melayakkan orang yang berpuasa termasuk dikalangan hamba Allah yang benar-benar sabar.

Ikuti sambungannya....

1 ulasan:

  1. Intisari dari puasa adalah pengendalian AN-NAFS, Jangan berharap apapun kecuali pengampunan dan keridhaan dari Nya...

    BalasPadam