Salam buat semua....
Tanggal 16 Mei 2011 adalah hari penuh bermakna bagi semua golongan pendidik. Kepada semua guru-guru dan rakan-rakan pendidik sekelian Selamat Hari Guru. Pada keesokannya pula hari wesak (semua akan bercuti). Keesokannya pula semua guru-guru di SKTTA 1 bakal mengikuti bengkelSSQS 2011.
Kursus ini akan dikendalikan oleh fasilitator yang diundang khas dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor seramai 6 orang. Tujuan utama bengkel ini ialah untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran ICT guru-guru di SK Taman Tun Aminah 1. Bengkel ini amat penting bagi proses penilaian SSQS yang dibuat setiap tahun oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE). Mudah-mudahan selepas tamat bengkel ini nanti, guru-guru akan lebih mantap dalam kemahiran ICT demi merealisasikan slogan tema hari guru pada tahun ini "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan