Jumaat, 22 Julai 2011

Tazkirah : Kelebihan Puasa Ramadhan


Ibadah puasa merupakan sebaik-baik ibadah dan seagung-agung ketaatan kepada Allah Taala. Ia dinyatakan di dalam nas sama ada al-Quran mahupun as-Sunnah Diantara kelebihan iabadah puasa di bulan Ramadhan ialah

Pertama - Ia difardhukan keaatas semua umat sepanjang zaman. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa keatas kamu sepertimana telah diwajibkan keatas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)

Kedua - Ia adalah merupakan penyebab kepada keampunan daripada dosa dan kemaksiatan yang dilakukan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda : Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Apa yang dimaksudkan dengan berpuasa sepenuh iman ialah reda sepenuhnya dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, manakala pengharapan pula bermaksud mengharapkan ganjaran pahala darinya dan tidak ada perasaan syak terhadap panji-panji Allah SWT tersebut. Dengan itu orang yang berpuasa akan diampun dosanya yang telah dilakukan.

Abu Hurairah r.a juga meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : Solat lima waktu, solat jumaat hingga solat jumaat berikutnya dan Ramadhan (puasa) hingga Ramadhan berikutnya adalah merupakan penebus dosa diantara selagi mana dosa-dosa besar dijauhi. (Riwayat Imam Muslim).


Ikuti sambungannya minggu hadapan.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan