Ahad, 11 September 2011
Selamat Menduduki UPSR!
Tinggal tidak lebih dari 24 jam sahaja lagi semua murid tahun 6 bakal menduduki peperiksaan UPSR 2011. Besarlah harapan daripada semua ibu-bapa, guru-guru dan ahli keluarga yang lain untuk melihat pelajar-pelajar tahun 6 berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki esok. Debaran pasti dialami oleh setiap calon UPSR, tapi yang membezakan antara mereka ialah bekalan yang telah disediakan dan bakal dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan itu nati. Mereka yang telah bersiap-siaga dari awal pasti berasa tenang dan yakin. Apapun yang telah kalian lakukan penentuannya tetap datang dari ALLAH S.W.T. Setiap usaha yang bersungguh-sungguh dengan niat yang ikhlas pasti akan diberkati dan diberikan ganjaran setimpal dengan apa yang kalian usahakan. Segala yang akan berlaku adalah ketentuan Ilahi, berdoalah agar kalian semua diberikan ketenangan dengan kelapangan dada agar mudah menjawab semua soalan dan dikurniakan nikmat kesihatan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Doa dari kami warga pendidik yang menghalalkan setiap ilmu yang kami curahkan dan mendoakan kejayaan bakal menjadi milik kalian. Insya Allah......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan