Ahad, 2010 Januari 31

Bahan yang boleh di download di blog ini


Perhatian kepada semua pelajar, anda boleh download bahan yang berguna untuk sains di blog ini. Tinggalkan komen anda selepas melawati bahan-bahan yang disediakan. Anda diingatkan untuk install perisian adobe reader untuk melihat bahan yang disediakan. Klik Adobe Reader untuk install perisian ini.

Sabtu, 2010 Januari 09

Hari koko pertama bagi tahun 2010


Hari kokurikulum telah pun bermula. Tepat jam 8.30 pagi aku dah berada di sekolah. Semangat bukan kepalang almaklumlah minggu ni aku yang bertugas. Hmm..sampai sahaja di sekolah, budak-budak aku dari kelas 4 perwira terus datang menyerbu "Cikgu, cikgu ni duit RM 1 untuk tabung hiasan kelas". Apa nak dikata dalam keadaan gawat sekarang ni nak sponsor hias kelas manalah mampu. Tahun ni tidak seperti tahun-tahun yang lepas aku lelebih bersemangat untuk menceriakan kelas. Aha nak jadi guru mithali katakan tapi tuh lah janganlah hangat-hangat tahi ayam jer. Tahun lepas sempat pegang kelas 5 bulan jer lepas tu kelas pun dipecahkan. Hmm.. tak banyak perubahan yang dapat aku buat.
Tahun ni dah mula pegang beberapa jawatan yang agak penting, ingatkan nak terus low profile je. Penat dah buat kerja-kerja sampingan ni di sekolah lama dulu. Aha konon nak bertapa je, tup tup macam-macam kerja dah dapat. Selain pegang jawatan guru kelas, tahun ni jadi pula ketua makmal komputer, ketua permainan bola baling selain jawatan tetap yang dah dipegang tahun lepas penyelaras kajian tindakan. Hmmm..nyaris-nyaris jugak nak dilantik jadi ketua persatuan sains dan matematik. Pehhhh..cukuplah jangan bagi lagi macam-macam kerja tak larat nak wat. Jadi guru matapelajaran tahun 6 pun dah cukup memenatkan tuh belum campur kelas tambahan, penyediaan laporan PEKA, dan macam-macam lagi.
Kelas OUM pun belum bermula,takut lepas ni sibuk dengan assignment dan kajian berasas sekolah yang kena disetalkan sebelum sem 12 ni. Dah nak abis nih lagi terasa penat dibuatnya. Alahai cepatlah habis belajar terasa gak lapang. Rasanya kalau dah tamat nanti memang rasa lega yang amat sangat. Inilah cabaran yang terpaksa dipikul oleh guru PJJ macam aku nih. Kekadang orang tak faham, katanya gurulah kerja paling mudah sekali, cuti banyak kerja relaks..takde maknanye. Guru berfikir 24 jam kekadang boleh bawa ngigau kerja, kerja, kerja. Tak abis di sekolah je kerja, di rumah sambung lagi. Tuh yang kekadang orang tak beberapa nak ambil tahu guru pun insan biasa gak ada keluarga, ada anak bini.
Kekadang terfikir jugak, aku beriya-iya mendidik anak orang lain adakah anak aku dapat didikan yang sempurna dariku. Mudah-mudahan kerja amal yang aku lakukan ini akan dipulangkan keberkatannya keatas keluargaku kelak. Amin

Rabu, 2009 November 18

Keputusan UPSR SKTTA(1) tahun 2009.



Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2009. Seramai 10 orang berjaya mencapai 5A pada tahun ini. Apa yang lebih bermakna bagi aku ialah pencapaian subjek sains pada tahun ini meningkat menjadi 91.3%. Emmm..dalam kegembiraan aku terkedu sekejap, bagaimana nak mengekalkan momentum keputusan ini pada tahun hadapan? Aha biarkanlah, aku tak nak rungsing sangat memikirkan tahun depan yang pentingnya percubaan pertama pada tahun ini berjaya, Alhamdulillah..keputusan ini menaikkan lagi semangat aku untuk terus berbakti kepada murid2 tahun enam pada tahun hadapan.
Cuti ni aku nak tumpu pulak pada exam oum aku, pastu nak pergi bercuti bersama keluarga kemudian baru aku akan renungkan strategi untuk tahun hadapan. Tapi itulah...nama je bercuti otak pasti akan teringat kepada upsr tahun depan pulak, fobia, fobia.
Di ruangan ini aku juga ingin mengucapkan syabas kepada kelas 6 Laksamana yang telah menyahut cabaran yang pernah aku lontarkan, bahawa tiada seorang pun daripada mereka yang akan lulus dalam subjek sains yang aku ajar. Fuhhhh.. lega sebenarnya dalam hati sentiasa berdoa agar mereka ini dapat lulus walaupun C dalam subjek sains ni.

Ahad, 2009 November 08

Perkhemahan Unit Beruniform SKTTA 2009


SKTTA, 6 November 2009- Tepat jam 3.00 petang murid-murid yang mendaftarkan diri untuk program perkhemahan unit beruniform tahun 2009 berbaris mengikut unit uniform masing-masing di dalam dewan sekolah. Sejurus selepas pendaftaran satu sesi taklimat telah diadakan. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Komandan perkhemahan iaitu Encik Hazim. Seramai 120 orang peserta dari 4 unit uniform telah menyertai perkhemahan pada kali ini. Perkhemahan diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mentaliti peserta telah disusun bagi tujuan perkhemahan ini. Majlis penutup dijangka akan diadakan pada 7 November 2009 jam 4.30 oleh Guru Besar SKTTA, Puan S.Hanim. Diharap dengan aktiviti sebegini, pelajar akan lebih terdedah dengan suasana hidup bedikari serta memupuk jatidiri dengan lebih tinggi.

Rabu, 2009 September 16

SALAM AIDILFITRI


Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita, kini umat islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari lebaran. Apapun jua yang anda sedang lakukan ketika ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog ini. Segala perkataan atau ungkapan yang menguris perasaan dan terasa dengan tulisan di blog ini harap dimaafkan. Aku sebagai manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan, dengan kehadiran lebaran yang akan tiba marilah kita kukuhkan ukhwah dan rapatkan semula tali persaudaraan sesama insan. Akhir sekali sambutlah salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Isnin, 2009 Ogos 24

Satu Malaysia..

Menjelang hari kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini marilah kita bersama-sama menghayati dan mengamati erti kemerdekaan yang sebenar.Bersempena dengan bulan ramadhan Al-mubarak ini haruslah kita kenangkan kepada perjuangan yang telah dilakukan oleh rasullullah dan para sahabat, kerana perjuangan bagindalah yang telah memerdekakan kita yang sebenar-benarnya, yang telah membebaskan kita dari belengu kekufuran dan kejahilan. Bayangkan kalaulah tiada berkumandangnya kalimah syahadah di bumi ALLAH ini, adakah pasti kita akan menjadi seorang individu yang merdeka atau masih dijadikan hamba oleh golongan mereka yang mendambakan diri pada dunia sahaja. Usahlah dibanggakan sangat dengan slogan satu malaysia. Slogan akan hanya tinggal slogan, yang pasti 1 iktikad hanya ALLAH tuhan yang layak disembah dan MUHAMMAD itu pesuruhnya itulah yang perlu disemat dan diabadikan sampai bila-bila. Insya Allah.. .

SELAMAT HARI MERDEKA... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Rabu, 2009 Ogos 12

Latihan untuk pelajar

Di sini saya sertakan link untuk pelajar download soalan dan nota dari laman scribd.com.Latihan sains tahun 5 klik di sini.