Selasa, 28 April 2009

Hijau.....







Banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk menjaga bumi kita daripada terus diancam kemusnahan. Sebagai manusia sudah semestinya kita perlu memakmur dan menjaga bumi agar tidak musnah dan dirosakkan sewenang-wenangya. Apakah sumbangan kita dalam melaksanakan peranan tersebut? Adakah kita sanggup untuk memikul amanah Allah ini dengan penuh tanggugjawab? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.
Diatas kesedaran inilah maka aku yang digelar sebagai cikgu, telah mendapat ilham untuk mengajar anak-anak didikku mencintai bumi yang tidak ada galang-ganti ini. Aku telah merancang satu projek tanaman berkaitan dengan silibus pelajaran sains tahun 2 iaitu tumbuhan. Alhamdulillah... murid telah menunjukkan minat dengan projek yang dirancang.
Awal-awal pagi murid-murid telah mengkerumuni aku bertanyakan tentang projek yang akan dijalankan. Aku cuma berdalih dan memberikan alasan "cuba buat dulu baru tahu"... Selesai saja melakukan projek dijalankan, sekali lagi murid-murid mengkerumuni aku lalu bertanya "Pokok apa yang kita tanam tadi, cikgu?". Jawabku ringkas " Itu rahsia, kenalah besarkan pokok ini dahulu". Persoalan demi persoalan pasti akan wujud di kotak pemikiran murid-muridku tadi, aha lantaklah.... Memang itu objektif projek ini.
Setelah seminggu projek ini berlalu, hasil yang diharapkan masih belum kunjung tiba. Namun, benih telah bercambah menjadi satu tumbuhan renek. Persoalan masih belum terjawab di benak pemikiran murid-muridku. Alahai, sabarlah semua kita tengok je nanti apa jenis tumbuhan yang akan dikeluarkan. Jangan mengeluh menunggu hasil, kerana setiap yang susah untuk diperolehi itu besar maknanya. Harapanku agar sesuatu yang mereka akan pelajari.
Walaupun projek ini kecil-kecilan, tetapi ia tetap besar maknanya. Pembelajaran melalui pengalaman kan lebih baik daripada sekadar belajar di dalam bilik darjah, hanya tahu teori tanpa praktikal. Apa yang aku mahu cuma melihat bumi ini kembali menghijau. Siapa yang akan menghijaukan ia semula. Ya, inilah mereka.... pelapis untuk generasi yang akan datang.
Besar harapan cikgu di sini, marilah kita menyahut seruan kerajaan menghijaukan planet bumi ini. Selamat belajar.
http://sktta.webs.com/misi.htm

1 ulasan:

  1. cikgu, nanti kalo dah menjadik tumbuhan tu, boleh bagi kat saya tak.. ehe.. nak jimat duit..maklumlah ekonomi merudum. ehe

    BalasPadam