Jumaat, 24 April 2009

Hamba sekadar menulis...

Dunia sudah memasuki alaf baru. Perubahan harus digerakkan agar momentum pembangunan adalah berterusan. Keinginan nafsu manusia untuk mengejar status dan kejayaan sudah tidak terkira. Namun begitu apakah yang lebih penting daripada ilmu, jika ada yang lebih penting daripadanya nescaya tiak sempurna diri seseorang itu. Tetapi apa pula natijahnya sekiranya ilmu sekadar kelangsungan untuk mengejar kemewahan semata-mata, bukan sebagai wadah yang boleh dikongsi dan diguna bersama. Impak dari segalanya ini akan menampakkan kelemahan diri kita yang bergelar insan. Cukup kerdil, tidak ampuh untuk menempuh gelombang mendatang, lemah fizikal dan akalnya, inilah yang harus kita sedar, tak terdaya dek kudrat seorang hamba seperti kita untuk menandingi kuasa daripada yang maha esa. Namun masih ada juga insan yang durjana, angkuh, takabbur, sombong diri kerana merasakan dirinya tidak akan dimamah usia. Insan ini lebih teruk dari seekor binatang peliharaan yang sentiasa menyalak tuannya. Kalau begitulah sikap janganlah diharap apa-apa daripada penciptanya kelak, dimana saat itu akan dihisab dan dijatuhkan hukuman ketika dia berbaris nun jauh di padang mahsyar.
Sebenarnya hamba adalah hamba, yang menulis atas benak pemikiran serta nafsu hamba ini yang melihat manusia di dunia hari ini. Masakan hamba boleh pulang ke zaman lampau. Akan hamba rekodkan kesahihan manusia lampau yang boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk hamba-hamba yang lain yang masih belum sedarkan diri. Bermimpi dimalam kebiasaanya, namun jika bermimpi disiang hari bukannya majnun, tetapi budaya pada hari ini jangan kita templak ianya benar dan realiti. Jika ada pepatah berkata ukurlah baju di badan sendiri, pepatah hamba pula jika tiada baju pun tak mengapa asalkan menutup aurat daripada mereka yang berbaju namun ukurannya tidak sepadan. Mungkin tak sesuai untuk petah hamba menulis, kewajipannya telah terlaksana apa yang termaktub hanyalah tulisan, jika terasa, terasalah. Jika ada yang terlampau, bukan sengaja, lumrah insan yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Daripada terus berceloteh benda yang hamba sekelian tidak faham eloklah sahaja berhenti saja di sini. Jika ada kesempatan di lain hari, hamba akan menulis lagi itupun kalau ada naluri ingin bagi, selalunya jarang. Almaklumlah sibuk-sesibuknya, mengalahkan pak menteri yang tak tidur malam memikirkan hal negara, cewahhhh... Opssss terlebih sudah. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan