Selasa, 19 Mei 2009

Mulanya peperiksaan pertengahan tahun..

Tanggal 19 mei 2009, bermula lah minggu peperiksaan bagi semua pelajar sekolah di seluruh negeri Johor. Seperti lazimnya kalau waktu peperiksaan ni, guru-guru akan merasa cukup lega kerana tidak perlu terkejar-kejar untuk ke kelas,jadual peperiksaan biasanya telah disusun bagi meringankan aktiviti guru sepanjang minggu peperiksaan. Aku pun merasa lega walaupun pagi-pagi lagi dah tergopoh-gapah berkejar ke bilik peperiksaan untuk mengambil kertas soalan peperiksaan. Aha..macam beselah kelam-kabut gak dibuatnya, sebab waktu peperiksaan pertama bermula jam 7.20 tapi sekarang jam menunjukkan pukul 7.25. Huh apa lagi tanpa berlengah dan tak sempat nak explain apa-apa kat pelajar, sampai je di bilik darjah terus aku arahkan pelajar mula menjawab. Hemmmm.. nasiblah kelas yang aku jaga tuh kelas sendiri, budaknya pun tak ramai ada 14 orang je senang lah nak handle.
Semasa pelajar syok je menjawab soalan, aku pun mengira jumlah kehadiran mereka pada hari ini. Ehhhh.. terkejut beruk jap. Hari ni semua hadir. Jarang aku dapat lihat kehadiran sebegini, kebiasaannya pasti akan ada 2/3 orang yang tak hadir. Aha baru aku perasan sorang student aku ni yang selalu memontengkan diri ni datang pulak hari ni. Student yang aku maksudkan tuh namanya xxxxxxxxxxx memang dalam sebulan cuma 5/6 hari je kehadirannya. Tahu pulak dia datang waktu exam, pada aku syukurlah sebab taklah memeningkan kepala aku nanti nak mengejar dia untuk ulang peperiksaan. Aku kekadang dah malas nak ambil peduli tentang dia ni, tapi bila fikirkan semula ini tanggungjawab, kenalah juga aku pikul dengan rela dan sabar. Kesian pun ada jugak kekadang bila tengok muka dia, mungkin sebab dia pun pendiam dan buat muka seposen je (nak mintak simpati la konon jangan aku marah dia) kekadang wat aku tak jadi nak baran. Apapun tahniahlah kat dia sebab ingat lagi kelas mana dia duduk dan apa nama guru kelas dia.
Aku kekadang jadi pelik gak mak-bapak dia ni macam tak kisah dia nak datang dan tak datang sekolah. Dari survey yang aku buat dari kengkawan sekelas dia dan beberapa orang guru. Memang dia dan seorang lagi abangnya tahun 4 memang kerap ponteng sekolah. Dari rekod kedatangan tahun satunya memang tak pernah penuh sepanjang tahun. Hairan bin ajaib dibuatnya, apa peranan yang dimainkan oleh ibu dan ayah dia? Dari soal selidik diri student ni, katanya di rumah kena wat keje rumah tolong mak, tatkala diminta tunjukkan surat cuti dan alasan kenapa tak datang sekolah ada la sekali dia bagi tapi lepas tu wak dekkkk jer.. Disebabkan masalah ponteng dia ni aku yang jadi risau, takut nanti sekiranya ada pemantauan rekod kehadiran murid oleh pihak-pihak yang rajin wat sport check ngejut ni, apa eden nak jawab. Dah la surat yang di hantar kepada penjaganya tak berjawab, rekodnya pulak banyak label "P", ponteng. Aduhhhh... Pada hemah aku nak aje aku jumpa ngan parent student ni tanya sendiri apa masalahnya, tapi riso pulak kot-kot memang keluarga dia ada masalah peribadi kang tak sia-sia aku kena jadi bahan maki pulak, jaga tepi kain orang. Tapi bagi aku tak salah jaga tepi kain orang pun sekurang-kurangnya kalau kain dia nak terlondeh leh gak aku cover jangan bagi nampak.... Aha baik niat aku tuh.
Aku dah anggap semua pelajar yang ada dalam kelas aku sekarang ni macam anak sendiri. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Aku bimbang tentang masa depan student aku yang seroang ni. Apa yang akan berlaku pada masa akan datang jika tiada ilmu yang cukup di dada. Kehidupan sekarang dah semakin mencabar, manusia dah berlumba-lumba mengejar kejayaan kalau dia terus begini apalah nasibnya nanti. Dah jadi guru kelas ni, aku banyak gak belajar memahami hati dan naluri menjadi seorang bapa. Realitinya sekarang ni aku telah pun bergelar seorang bapa. Aku mohon dari ALLAH jauh dan hindarlah perkara-perkara yang tidak baik ini berlaku kepada anakku. Aku nak anak aku ini membesar dengan penuh kasih-sayang dan menjadi manusia yang berguna serta berjaya didunia dan akhirat. Disamping itu juga, tak dilupakan juga pelajar-pelajar aku tadi, aku sentiasa doakan mereka supaya menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan dan jadilah anak yang soleh atau solehah. Berat sungguh beban yang dipikul oleh seseorang yang bergelar guru.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan