Jumaat, 15 Julai 2011

Sejuta harapan.....


Hari ni murid-murid tahun 6 sekali lagi dimotivasikan. Dengan harapan yang menggunung, guru-guru di SKTTA (1) sentiasa berusaha untuk memberikan semangat dan dorongan kepada semua murid tahun 6. Tidak sampai dua bulan sahaja lagi murid-murid ini bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Tangggungjawab yang diamanahkan kepada guru-guru untuk mendidik dan membimbing telah dilaksanakan, sekarang terpulanglah kepada murid-murid itu sendiri untuk menentukan jalan yang mereka mahukan. Bak kata pepatah, " Timun di tangan kanan, pisau di tangan kiri. Sekarang terpulanglah kepada empunya diri apa yang perlu dilakukan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan