Jumaat, 23 September 2011

Sukantara SKTTA (1) tahun 2011

Selepas acara sukantara tertangguh semalam kerana hujan lebat, maka hari ini acara tersebut disambung semula. Keriuhan dan keriangan yang ditunjukkan oleh murid-murid dan guru jelas memberikan gambaran bahawa aktiviti sukan tahunan sekolah adalah senantiasa dinati-nantikan oleh semua warga SKTTA (1).

Kemeriahan semasa acara sukantara telah menggamatkan seketika suasana di kawasan kejiranan Taman Ungku Tun Aminah. Masa inilah digunakan oleh setiap murid untuk menunjukkan bakat-bakat yang terpendam serta guru-guru dapat melupakan seketika tugasan-tugasan yang tidak pernah habis. Walaupun penat bersukan, kepuasan tetap ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan