Ahad, 26 April 2009

Isnin hari untuk bekerja

Seperti lazimnya, hari isnin merupakan hari yang cukup sibuk bagi aku. Apa tidaknya hari ini merupakan pembukaan hari pada minggu yang baru. Hari ini hari untuk menyambung semula kerja selepas dua hari bercuti. Hari ini banyak lagi tugasan-tugasan yang perlu disiapkan serta banyaklah pulak buku-buku murid yang perlu ditanda. Aha beginilah rutin harian pada hari isnin.
Waktu sekarang tealh menunjukkan jam 1.30 petang, murid-murid baru saja dilepaskan pulang ke rumah masing-masing. Namun guru-masih terkial-kial menyiapkan kerja yang silih berganti. Nak ditangguhkan kerja takut esok mungkin bertambah lagi kerja, mahu tak mahu kenalah siapkan juga sementara menanti masuknya waktu balik bagi guru-guru iaitu pukul 1.45 petang (tak tepat jugak, kekadang terlajak sampai pukul 3 pun ada).

Uwarghhhhh...(menguap), lama lagi ke nak balik ni? Sementara siapkan kerja ni aku sempat jugak menulis dalam blog peribadi ni. Boring dok mengadap buku murid. Menanda buku muridlah perkara yang cepat membuat aku ngantuk. Apa tidaknya dengan tulisan murid yang cakar ayam, tak ikut susunan, tarikh dan hari tak tulis...adoi leh wat pakcik cepat kena darah tinggi. Sabar,sabar...jangan diikutkan hati meh layan internet dulu. kui kui... jom layan internet beramai-ramai.
Oklah beb cikgu nak blah da. Jumpa lagi byeeeeeee...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan