Jumaat, 1 Mei 2009

Saat kelahiran putera sulung...


Alhamdullillah tepat jam 3.27 petang (khamis)bersamaan 5 jamadilawal 1430 hijriah, isteriku telah selamat melahirkan seorang putera melalui pembedahan. Aku bersyukur ke hadrat illahi segalanya berjalan dengan baik dan selamat. Hampir 13 jam dari saat isteriku mula merasa kesakitan melahirkan kini segalanya telah terurai. Kesakitan dan kesengsaraan semasa hendak melahirkan membuatkan aku terkelu dan terkedu... Oh sekiranya perkara ini diberikan kepadaku apakah sangup aku alaminya. Sesungguhnya Allah itu maha adil dan dia maha mengetahui.
Inginku singkap kembali saat-saat ketika putera sulung ku ini dilahirkan. Kisahnya bermula pada pukul 2.20 pagi, saat itu aku sedang tidur nyeyak senyeyaknya tanpa memikirkan apa-apa yang berlaku sekelilingku. Mungkin aku terlalu letih dengan rutin harianku yang baru tamat pada pukul 12.30 pagi.Dalam saat keenakan bermimpi, tiba-tiba terdengar sayup suara isteriku memanggil namaku. Aku tersentak, lalu terjaga. Ku lihat isteriku sedang kegelisahan kerana kain yang dipakai basah dengan air, "Bang air ketumban dah pecah...". Aku panik seketika, dalam keadaan sebegitu aku sedar, aku kena tunjukkan emosi yang terkawal kepada isteriku agar dia tidak merasa cemas dan gusar. Aku arahkan dirinya untuk bersihkan diri, sementara aku menyiapkan keperluan yang mana penting. Alhamdulillah segala kelengkapan yang perlu ketika saat kelahiran ini, telah disiapkan terlebih awal dan diletakkan di dalam boot kereta. Aku segera menghidupkan enjin kereta viosku sementara menanti isteri yang sedang bersiap. Dalam keadaan yang sebegini mulutku lancar membaca ayat-ayat quran, mudah-mudahan segalanya selamat. Tak lupa juga surah yasin ku gapai sebelum aku menghidupkan enjin kereta, bekal untuk keselamatan.
Tepat jam 2.40 pagi kami tiba di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA), keadaan sunyi tanpa hiruk-pikuk kotaraya menemani kami pada pagi itu. Sampai sahaja di HSA aku terus bergegas membawa isteri ke bilik saringan di tingkat 1 HSA. Di situ keadaan lengang cuma ada 2 bapa yang mungkin menanti detik kelahiran bayinya sama sepertiku. Selepas 1/2 jam diperiksa, isteriku telah dipindahkan ke bilik bersalin. Seorang jururawat memanggil, " Suami puan Noor Haslinda, sila masuk ke dalam". Berderau seketika darahku, bermacam-macam persoalan mula timbul dalam kepalaku. Dah selamat ke isteriku bersalin, bagaimana keadaan isteriku, bagaimana keadaan anakku?.......................................

ikuti sambungannya...

Klik untuk lihat foto

2 ulasan: