Sabtu, 9 Januari 2010

Hari koko pertama bagi tahun 2010


Hari kokurikulum telah pun bermula. Tepat jam 8.30 pagi aku dah berada di sekolah. Semangat bukan kepalang almaklumlah minggu ni aku yang bertugas. Hmm..sampai sahaja di sekolah, budak-budak aku dari kelas 4 perwira terus datang menyerbu "Cikgu, cikgu ni duit RM 1 untuk tabung hiasan kelas". Apa nak dikata dalam keadaan gawat sekarang ni nak sponsor hias kelas manalah mampu. Tahun ni tidak seperti tahun-tahun yang lepas aku lelebih bersemangat untuk menceriakan kelas. Aha nak jadi guru mithali katakan tapi tuh lah janganlah hangat-hangat tahi ayam jer. Tahun lepas sempat pegang kelas 5 bulan jer lepas tu kelas pun dipecahkan. Hmm.. tak banyak perubahan yang dapat aku buat.
Tahun ni dah mula pegang beberapa jawatan yang agak penting, ingatkan nak terus low profile je. Penat dah buat kerja-kerja sampingan ni di sekolah lama dulu. Aha konon nak bertapa je, tup tup macam-macam kerja dah dapat. Selain pegang jawatan guru kelas, tahun ni jadi pula ketua makmal komputer, ketua permainan bola baling selain jawatan tetap yang dah dipegang tahun lepas penyelaras kajian tindakan. Hmmm..nyaris-nyaris jugak nak dilantik jadi ketua persatuan sains dan matematik. Pehhhh..cukuplah jangan bagi lagi macam-macam kerja tak larat nak wat. Jadi guru matapelajaran tahun 6 pun dah cukup memenatkan tuh belum campur kelas tambahan, penyediaan laporan PEKA, dan macam-macam lagi.
Kelas OUM pun belum bermula,takut lepas ni sibuk dengan assignment dan kajian berasas sekolah yang kena disetalkan sebelum sem 12 ni. Dah nak abis nih lagi terasa penat dibuatnya. Alahai cepatlah habis belajar terasa gak lapang. Rasanya kalau dah tamat nanti memang rasa lega yang amat sangat. Inilah cabaran yang terpaksa dipikul oleh guru PJJ macam aku nih. Kekadang orang tak faham, katanya gurulah kerja paling mudah sekali, cuti banyak kerja relaks..takde maknanye. Guru berfikir 24 jam kekadang boleh bawa ngigau kerja, kerja, kerja. Tak abis di sekolah je kerja, di rumah sambung lagi. Tuh yang kekadang orang tak beberapa nak ambil tahu guru pun insan biasa gak ada keluarga, ada anak bini.
Kekadang terfikir jugak, aku beriya-iya mendidik anak orang lain adakah anak aku dapat didikan yang sempurna dariku. Mudah-mudahan kerja amal yang aku lakukan ini akan dipulangkan keberkatannya keatas keluargaku kelak. Amin

1 ulasan: