Ahad, 8 Ogos 2010

Menuju ke garisan penamat....


Tatkala aku menulis di ruangan blok ini, jam telah pun menunjukkan pukul 1 pagi. Mata dah pejam celik, pejam celik,namun aku masih terus gagahkan juga untuk mengulangkaji buku modul bagi subjek "Current Issues in Science" nih. Masa nih terlintas dalam fikiran, adakah aku sudah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksan semester akhir besok. Dalam debar masih berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Ni adalah semester terakhir aku dalam pengajian di OUM bagi mendapatkan segulung ijazah, pengorbanan dan penat jerih sepanjang bergelar pelajar banyak mengajar diriku bersabar untuk menempuhi ranjau yang masih belum ke penghujungnya. Tapi itu semua 3 tahun yang lalu. kini sebelah kaki sudah melangkah ke gerbang seorang graduan, manakala sebelah lagi hampir mengikut jejak yang sebelah itu. 4 tahun satu jangkasama yang cukup berat dilalui dikala bergelar seorang guru dan pelajar. Dalam jangkamasa 4 tahun ini juga pelbagai perubahan telah berlaku pada diriku. Dari seorang jejaka teruna aku telah pun berumahtangga, dari seorang anak aku juga telah bergelar seorang bapa, dari seorang guru lulusan diploma perguruan aku kini mula menukar status diri menjadi seorang guru yang berijazah. Alhamdulillah aku bersyukur dengan setiap kurniaan Allah SWT kepadaku. Walaupun cita-citaku ingin bergelar seorang graduan lambat muncul namun itu semua bukan penghalang untuk aku terus membaiki diri. Terima kasih tidak terhingga pada isteri yang tercinta, Noor Haslinda Binti Mohd Idris, insan yang telah menggalakkan aku untuk menyambung pelajaran, beliau telah banyak berjasa dan membantu sepanjang tempoh pengajianku, tidak dilupa kepada kepada kedua ibu-bapaku, Encik Mohamad Bin Mohd Dah dan Puan Sabariah Bte Zakaria, doa daripada mereka selalu mengiringi perjalanan hidupku. Terima kasih tidak terhinga kepada ibu dan bapa mentua, adik-beradik serta rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan sekuliah kerana banyak membantu dan memberi sokongan dan dorongan. Doakan aku moga berjaya mencapai ke puncak cita. Inilah wadah diriku menuju ke garisan penamat.....

1 ulasan:

  1. yeyyy ...pasni leh mlancong spuas-puasnya.... :)
    tahniah suamiku..

    BalasPadam