Rabu, 25 Mei 2011

Peperiksaan UPPM 2 dan PKSR 1




26 Mei 2011, Khamis:Hari ini adalah hari ketiga peperiksaan berjalan di SK Taman Tun Aminah 1. Bagi Murid-murid tahap 1 (tahun 2 dan 3) hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan. Manakala murid-murid tahap dua (tahun 4, 5 dan 6) esok mereka akan menduduki kertas terakhir mereka iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kemahiran Hidup serta Pendidikan Seni Visual. Selepas itu semua murid akan bercuti selama seminggu sebelum kembali semula untuk semester yang kedua.

Peperiksaan kali ini berlangsung serentak dengan UPPM 2 bagi murid-murid tahun 6. Semua soalan bagi matapelajaran teras dan elektif disediakan oleh Majlis Guru Besar Negeri Johor, soalan adalah setara bagi semua sekolah Negeri Johor.

Apa yang diharapkan pada peperiksaan kali ini ialah pencapaian dan peratusan dapat ditingkatkan. Ini merupakan satu penanda aras bagi mengukur sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Fokus lebih kepada murid-murid tahun 6 kerana mereka bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti. Besarlah harapan ibubapa dan guru-guru untuk melihat pencapaian UPSR pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Semoga berjaya diucapkan kepada semua murid-murid SKTTA 1 dan berusahalah untuk mencapai keputusan yang gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan