Selasa, 12 Mei 2009

Lagi citer...






Putera sulung kami telah selamt dilahirkan, kegembiraan tidak dapat lagi disembunyikan. Dari pemerhatianku si kecil ini tidak banyak kerenahnya. Keluar sahaja dari bilik pembedahan, si kecil kecil bebraring senyap di kaki ibunya. Ku cuba menelek wajahnya kot-kot ada iras. Aha yang pasti bibirnya merah tetap macam ayahnya ni. Aha.. sesekali bilandia bergerak ke kiri dan ke kanan, cuba juga ku toleh untuk melihat anak matanya bersinar, namun hampa si kecil ini hanya memejamkan matanya. Memang hakikatnya begitu, si kecil kerap tidur dari berjaga dalam usia tak sampai 1 hari. Dalam kegembiraan menyambut kelahiran si kecil ini, kenangan kembali mengimbau kepada saat-saat ketika isteriku yang mengerang kesakitan semasa berada dalam bilik saringan. Rintihannya acap kali didengari, asyik mengadu sakit, sakitnya....Apa yang boleh aku lakukan cuma menteramkannya dengan membisikkan di telinganya banyakkan beristighfar, mengucap dan berselawat. Umpphhh...ahhh...Ketahuilah dikau Si anak kecil besar pengorbanan si ibu untuk melahirkan dirimu.
Tanggal 30 April telah berlalu pergi, kini masuk hari baru 01 mei 2009 bersamaan hari jumaat. Pada tarikh keramat inilah juga isteriku telah dilahirkan 29 tahun yang lalu. Aha dan pada tarikh yang sama juga 56 tahun dahulu ibu mentuaku juga dilahirkan. Serentak anak dan ibu menyambut ulangtahun kelahiran mereka serentak. Seperti kelaziman, keluarga mentuaku pasti akan mengadakan sedikit sambutan ringkas untuk si anak dan si ibu ini saban tahun.Aku yang baru setahun menjadi ahli keluarga ini juga teruja bila kali pertama menyambut ulangtahun kelahiran mereka. Doa dipanjatkan untuk memohon keberkatan atas usia yang dikurniakan Allah subhanahu wataala. Aha.. isteriku juga memasang azam mudah-mudahan anak yang bakal lahir juga akan keluar pada tarikh yang sama dengan tarikh lahirnya. Namun semuanya kuasa Allah, si kecil nak juga keluar sehari awal dari tarikh lahir ibunya. Syukur yang amat sangat kepada Allah, kerana si kecil dan si ibu selamat. Itulah doa yang daku panjatkan semasa menanti saat-saat kelahiran putera sulung ini.
Satu nostalgia buat isteriku kerana menyambut ulangtahun kelahirannya dengan kelahiran seorang putera dan menyambutnya di hospital. Mungkin dihati kecilnya sedikit sayu tetapi perasaan gembira jelas terpancar tatkala dia menyusukan si kecil. Kasih ibu tiada tandingan, kerana itu syurga diibartkan di bawah tapak kaki ibu. Si kecil besarlah dikau nanti menjadi anak yang soleh dan taat kepada perintah Allah serta perintah kedua ibu-bapamu. Jadilah dikau sebagai pembela agama dan penegak maruah keluarga....Amin....Doaku sebagai seorang yang bergelar ayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan