Isnin, 18 Mei 2009

Terima Kasih.....



Hanya ucapan terima kasih diucapkan kepada anak-anak didikku sekelian yang sudi menyampaikan hadiah bersempena dengan sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari ini. Tak ku sangka rupanya dalam diam ada juga yang masih mengingati pengorbanan yang ku lakukan buat mereka. Perasaan gembira dan seronok tatkala menerima pemberian yang mungkin tidak seberapa namun hakikatnya ingatan tulus ikhlas itulah yang membuatkan aku terus berazam untuk mendidik diri mereka supaya menjadi manusia yang berguna.
Dengan iltizam yang tinggi akan ku bawa mereka ini meneroka dan mendalami ilmu setakat yang mampuku bawa. Insya Allah dengan keizinannya jualah segala apa yang diharapkan akan tercapai.

Selamat Hari Guru...." Guru Pembina Negara Bangsa".

1 ulasan:

  1. wah.. dpt bag hotlink.. dpt henfon ke? mesti cikgu yg best giler n sporting!! :)- hirda

    BalasPadam