Rabu, 24 Jun 2009

Hari Terbuka SKTTA (1)


Salam kepada semua... Sukacita nak diberitahu bahawa sekolahku akan mengadakan hari terbukanya pada 27/6/09 bersamaan hari sabtu. Banyak keperluan dan rekod-rekod yang perlu dilengkapkan. Sebenarnya bukan masalah rekod yang aku peningkan tetapi apakah jawapan yang hendak diberikan kepada penjaga tentang prestasi anak mereka. Emm..bukan semua ibu-bapa memahami apa yang bakal kita terangkan, mungkin ada yang akan tersalah tafsir seolah-olah guru ni kerjanya cuma nak cari salah murid je bukan nak mengajar. Semasa waktu rehat sempat juga aku bertanyakan pendapat rakan-rakan yang lain tentang persepsi atau tanggapan kebanyakan ibu-bapa di sekolah ini. Ada respon yang positif dan ada juga respon yang negatif. Aku suka nak berkongsi tentang respon yang negatif ni...Aha bukan nak cari salah sesiapa pun, cuma nak buat perbandingan diri kita dengan diri orang lain.
Aha dari sembang-sembang di kantin, terpacul lah nama seorang bapa ni. Lagaknya yang tak kurang seperti singa yang pantang diusik kawanannya selalu sangat menyerang guru tanpa usul periksa. Si bapa ni nak dikategorikan orang _ _ _ _ tengok cara dia bercakap dan bertutur bukanlah macam yang disangkakan. Kesian juga seorang ustat di sekolah aku ni. Disebabkan niat murninya hendak mendidik anak si bapa tersebut lain pula jadinya. Ustat ni memang tak pernah langsung berniat nak menyinggung hati si bapa ni. Nak diikut budibicaranya memang jelas seperti seorang mualim yang beperanan sebagai pembimbing dan muaddib. Tetapi dek prasangka buruk dan sikap bapa yang tak usul periksa dulu sanggup menyerang ustat ni dengan memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat. Aha.. aku tau dah benda yang berlaku tuh, tapi tak berani lah nak komen ape-ape, kesian jugak tengok ustat ni.
Ye la, kita kalau sayang anak pun jangan la sampai anak boleh mengawal kita. Ini dah terbalik. Sepatutnya ibu-bapa perlu wat rujukan dengan guru-guru atau rakan-rakan sebaya anaknya supaya dapat dipantau sikap dan tingkah-laku si anak. Kita ni semua ada anak, cikgu pun ada anak gak, ada perasaan jugak. Kalau dah ibu-bapa selalu sangat serang guru tanpa alasan yang kukuh, hilang dah motivasi guru tuh nak membetulkan anak kita. Hal semacam ini sebenarnya bukan baru bagiku, semasa di sekolah lama dulu lebih teruk dari ni pun pernah berlaku.
Aku sukacita lah nak ingatkan diriku dan ibubapa sekalian yang ada anak bersekolah, janganlah kita terlampau emosi sangat dengan apa-apa yang terjadi pada anak kita semasa di sekolah. Kalaulah betul ada tindakan yang kurang tepat dilakukan oleh guru tuh eloklah dibawa berbincang, kalau tak boleh diselesaikan secara bersemuka gunalah orang tengah. Sebagai seorang pendidik aku rasa hal-hal seperti ini tak wajarlah berlaku. Sebab guru-guru tahu peranan dan tanggungjawab mereka. Kami sebagai guru ada etika dan ada prinsip yang perlu dipatuhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan