Jumaat, 6 Ogos 2010

Marhaban ya ramadhan....


Salam kepada semua...syaaban hampir melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Akan menyusul pula, bulan yang paling di tunggu2 oleh orang-orang yang beriman bagi menyucikan diri dari segala badai dosa.."Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim].Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793.
Marilah menyambut kehadiran ramadahan kali ini dengan rasa penuh kesyukuran, keinsafan serta ketakwaan kehadrat illahi. Mungkinkah juga ramadhan ini, yang terakhir buat diri kita.Namun sebagai hambanya, kita tetap redha dengan apa jua ketentuannya.

Sempena bulan rahmat dan bulan barakah ini, aku ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan dan taulan dan marilah kita bersama-sama hidupkan ramadhan dengan pelbagai ibadah. Insya allah dengan keihlasan ibadah kita akan diterima Allah Subhanahu Wataala.....Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan