Selasa, 26 Mei 2009

Majlis jasamu dikenang

Malam ini jam 8.00 malam bertempat di Hotel Puteri Pan pacific Johor Bahru akan diadakan majlis untuk mearaikan persaraan Puan Satimah Bte Arad. Semua guru-guru SKTTA (1)telah dijemput hadir. Pelbagai acara telah diatur bersempena hari yang penuh makna bagi Puan Satimah, diantaranya ialah tayangan video sejarah dan perjalanan hidup Puan Satimah, ucapan dan penyampaian cenderahati. Selain itu kumpulan tarian SKTTA (1) juga telah diundang untuk membuat persembahan khas pada malam ini.
Disini dengan kesempatan yang ada ingin saya ucapkan selamat bersara buat Puan Satimah, mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk beliau meneruskan kelangsungan kehidupan serta diberikan kesihatan yang baik. Apapun pengorbanan dan jasamu di sekolah SKTTA (1) akan dikenang dan diabadikan.

1 ulasan: